MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:

  1. Nama cadangan untuk dipohon sebagai nama syarikat
  2. 3 aktiviti utama perniagaan syarikat
  3. Jumlah modal saham untuk syarikat memulakan perniagaan.- wajib
  4. Peratusan yang dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.- wajib
  5. Nama bank serta alamat dimana akaun syarikat akan dibuka.
  6. Nama penandatangan cek syarikat.
  7. Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham – wajib
  8. Alamat kediaman terkini dan mestilah di Malaysia – wajib
  9. Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada – wajib
  10. No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap ahli syarikat.
  11. Melantik setiausaha syarikat - wajib
  12. Pembayaran untuk penubuhan syarikat ke akaun DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd di Public Bank Berhad – 3811766201

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pendaftaran syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku meniru tandatangan.

Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad kad pengenalan serta maklumat yang dikehendaki seperti yang diminta diatas. Anda boleh e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com atau fax ke 03-27702527

PERINGATAN

Perhatian: Perubahan alamat perlu dimaklumkan pada setiausaha syarikat untuk membolehkan beliau mengemaskini data ahli syarikat di pengkalan portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Menjadi kesalahan jika perubahan tidak dikemaskini.Jika ahli syarikat gagal mematuhi akta maka ia telah membuat peryataan palsu sehingga boleh didenda tidak melebihi RM 3 Juta atau boleh penjara tidak melibihi 10 tahun.

Kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan dan lain-lain maklumat seperti yang diminta akan mengakibatkan penambahan kos dan peningkatan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak pelanggan.

Perkhidmatan pos laju atau courier hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


LANGKAH 1 : PROSEDUR PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT

Mencipta sekurang-kurangnya 3 nama syarikat untuk tujuan permohonan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum proses pendaftaran syarikat sepenuhnya boleh dibuat.

Proses permohonan carian nama syarikat mengambil masa 1jam selepas serahan dibuat dikaunter carian nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Membuat bayaran deposit untuk permohonan carian nama syarikat seperti termaktub didalam jadual pembayaran.

Setiap permohonan carian nama tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 80.00.

Memberi maksud terselindung disebalik nama yang dicadangkan jika ianya buka didalam bahasa Malaysia atau English.Contoh: Amcolians bermaksud singa besar didalam bahasa urdu.

Memberi maksud terselindung disebalik perkataan. Contoh: AMC adalah singkatan seperti berikut A-Allied, M-Malaysian, C-Corporation.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan keputusan carian nama dalam tiga jenis keadaan iaitu:-

Tolak- Permohonan nama ditolak kerana menyerupai nama syarikat yang telah wujud serta mengelirukan.

Lulus- Permohonan nama diluluskan untuk digunakan sebagai nama syarikat.

Kueri- Memerlukan permohonan nama yang dibuat dipinda terlebih dahulu sebelum kelulusan nama diberikan.


LANGKAH 2 : PROSEDUR PENDAFTARAN SYARIKAT BARU

Mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang pengarah, 1 pemegang saham,1 setiausaha syarikat dan 1 orang saksi sama ada dikalangan warganegara Malaysia / penduduk tetap atau warganegara asing

Minima 3 jenis aktiviti utama syarikat perlu dihuraikan dengan jelas yang mana ianya merupakan objektif utama penubuhan syarikat dan juga merupakan aktiviti utama perniagaan serta ianya akan di masukkan di dalam Memorandum Dan Artikel.

Sekurang-kurangnya pemegang saham perlu memiliki 1 unit saham seorang dan perlu menulis dengan mengunakan tulisan tangan sendiri diatas pegangan hak masing-masing.

Kesemua pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi harus terlebih dahulu menandatangani dokumen penubuhan syarikat.

Kedudukan ahli lembaga pengarah serta pemegang saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau pemilikan penuh dikalangan warga negara asing.Perlantikan pengarah dan juga pemegang saham syarikat boleh juga dilakukan sama ada melalui perkongsian atau kerjasama pintar dikalangan rakyat tempatan dan asing.

Kesemua pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi yang terlibat sama ada warga negara Malaysia atau asing mesti mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia.

Perlantikan pengarah,pemegang saham,setiausaha syarikat dan saksi dimestikan dan merupakan syarat bagi tujuan penubuhan syarikat.

Salinan yang jelas melibatkan kad pengenalan jika warga negara Malaysia dan passport jika warga negara asing perlu diserahkan kepada setiausaha syarikat.

Setiap syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dimestikan mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.

Berumur 18 tahun ke atas dan waras.

Tidak dikecualikan di bawah Akta Syarikat, 2016;

Tidak disabitkan muflis

Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan

Buku berkanun syarikat diwajibkan di berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan mengemaskini dari masa kesemasa mengikut peruntukan Akta Syarikat,2016.

Proses perdaftaran sepenuhnya syarikat mengambil masa 5 ke 7 hari waktu berkerja selepas serahan dibuat dikaunter pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Note:-

Setiausaha syarikat merupakan individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan pengarah dan pemegang saham mengikut peruntukan Akta Syarikat, 1965 serta merupakan wakil bagi kedua belah Pihak diantara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Syarikat yang ditubuhkan dibawahnya.

Pengarah dan pemegang saham dikalangan individu yang sama dibolehkan atau pengarah dan pemegang saham secara berasingan juga dibolehkan.


LANGKAH 3 : MEMULAKAN PERNIAGAAN

Menandatangani Resolusi mesyuarat lembaga pengarah pertama sebelum:-

Penyerahan dokumen yang telah disahkan sepenuhnya oleh setiausaha syarikat akan diberi bagi tujuan membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya didalam perniagaan yang ingin dijalankan.

Pihak syarikat perlu mempunyai individu atau syarikat yang telah sedia ada mempunyai akaun semasa peribadi atau syarikat di bank yang sama seperti tertera di resolusi bagi membolehkan akaun semasa syarikat baru dibuka.

Kesemua pengarah syarikat perlu menandatangani resolusi dan kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank ketika permohonan dibuat berserta dokumen yang telah disahkan,cop getah serta wang deposit untuk membuka akaun semasa berserta kad pengenalan pengarah dan pemegang saham.

Nota:Pengarah dan pemegang saham tak semestinya menjadi penandatangan cek syarikat dan penandatangan cek boleh dilantik dikalangan individu luaran yang tak terlibat langsung didalam jawatan pengarah dan sebagai pemegang saham.

top