PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT

Setiap syarikat yang ingin didaftarkan di Malaysia perlu membuat permohonan carian nama syarikat terlebih dahulu sama ada untuk pendaftaran syarikat baru atau untuk tujuan penukaran nama syarikat dan jika didapati nama yang ingin dipohon itu belum lagi didaftarkan sebagai sebuah syarikat maka surat kelulusan nama syarikat akan dikeluarkan oleh Pendaftar syarikat (SSM).
Nama syarikat yang telah mendapat kelulusan perlu didaftarkan sebagai sebuah syarikat dalam tempoh satu bulan dari tarikh kelulusan nama dikeluarkan. Pendaftaran syarikat atau pertukaran nama syarikat akan diuruskan oleh Setiausaha Syarikat yang dilantik di Pejabat Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA.
Jika tiada tindakan pendaftaran dilakukan selepas 30 hari dari tarikh surat kelulusan nama syarikat dikeluarkan maka nama yang diluluskan itu akan terbatal dan permohonan carian nama baru perlu dilakukan.

Pejabat Berdaftar Setiausaha Syarikat - www.daftarsyarikat.com.my


Maklumat berkaitan dengan nama syarikat dan terma yang terkandung boleh diperolehi didalam seksyen 28 Akta Syarikat 2016. Berikut adalah diantara maklumat berkaitan nama syarikat untuk rujukan anda.
MAKLUMAT PERMOHONAN PERTUKARAN NAMA SYARIKAT
Setiap syarikat yang telah didaftarkan boleh membuat permohonan untuk pertukaran nama syarikat dengan membuat permohonan carian nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui setiausaha yang dilantik. Jika didapati nama yang ingin dipohon itu belum lagi didaftarkan sebagai sebuah syarikat maka surat kelulusan nama syarikat akan dikeluarkan oleh Pendaftar syarikat (SSM). Nama syarikat yang telah mendapat kelulusan perlu didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh kelulusan nama dikeluarkan dan jika telah didaftarkan maka notis pertukaran nama akan diperolehi.
Maklumat pertukaran nama boleh diperolehi didalam seksyen 28 Akta Syarikat 2016 seperti dibawah ini.

KEWAJIPAN UNTUK MEMPAMERKAN DAN MENYIARKAN NAMA SYARIKAT
Pengarah bagi setiap syarikat bertanggungjawap bagi syarikatnya untuk sama ada syarikat yang baru berdaftar atau yang telah diberi kelulusan menukar nama syarikat wajib menyiarkan nama dan mempamerkan nama syarikat mengikut Peruntukkan Akta Syarikat 2016.
Maklumat berkaitan dengan kewajipan untuk mempamerkan dan menyiarkan nama syarikat boleh diperolehi didalam seksyen 30 Akta Syarikat 2016 seperti tertera dibawah ini.

 

SEKSYEN 27 AKTA SYARIKAT 2016 – PENGESAHAN TENTANG KETERSEDIAAN DAN PERIZABAN NAMA SYARIKAT.
(1) Seseorang hendaklah memohon kepada Pendaftar untuk mengesahkan ketersediaan nama yang dicadangkan.
(2) Jika Pendaftar syarikat berpuas hati bahawa nama yang dicadangkan itu ialah nama yang tidak tertakluk kepada subseksyen 26(1), Pendaftar syarikat hendaklah mengesahkan ketersediaan nama yang dicadangkan itu.
(3) Jika seseorang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (2), dia boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pendaftar itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad
(4) Seseorang boleh merayu kepada Pendaftar bagi perizaban sesuatu nama sebagai-
(a) Nama syarikat yang dicadangkan sebelum pemerbadanannya atau
(b) Nama yang sesuatu syarikat bercadang untuk menukarkan namanya di bawah seksyen 28.
(5) Apabila berpuas hati bahawa nama itu bukan suatu nama yang boleh ditolak atas apa-apa alas an yang disebut dalam subseksyen 26(1) dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar boleh merizabkan nama itu bagi suatu tepoh selama tiga puluh hari dari tarikh penyerahsimpanan permohonan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.
(6) Pengesahan bagi ketersediaan nama atau perizaban nama di bawah seksyen ini tidaklah dengan sendirinya melayakkan syarikat yang dicadangkan, syarikat atau syarikat asing itu sebagai berdaftar atas nama itu, sama ada atas nama asalnya atau nama yang ditukarkan.
(7) Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 ini, Pendaftar tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab kesilapan atau peninggalan tidak kira apa jua pun sifat atau bagaimana jua pun kesilapan atau peninggalan itu timbul, jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam menunaikan kewajipannya di bawah seksyen ini.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 28 AKTA SYARIKAT 2016 – PERTUKARAN NAMA SYARIKAT.
Anda boleh membuat pertukaran nama syarikat selepas mendaftar syarikat baru atau selepas membeli syarikat tersedia dari kami dengan bayaran tambahan RM500.00.
Berikut adalah petikan dari Seksyen 28 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan berkaitan pertukaran nama syarikat.
Seksyen 30 – Pertukaran Nama Syarikat
(1) Suatu syarikat boleh membuat ketetapan bahawa namanya ditukar melalui ketetapan khas.
(2) Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pertukaran namanya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
(3) Jika Pendaftar syarikat berpuas hati bahawa nama baharu itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 ini dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah-
(a) Mencatatkan nama baharu syarikat itu dalam daftar bagi menggantikan namanya yang terdahulu; dan
(b) Mengeluarkan suatu notis pendaftaran bagi nama baharu itu.
(4) Pertukaran nama suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baharu itu dikeluarkan.
(5) Pertukaran nama sesuatu syarikat tidaklah-
(a) Menjejaskan hak atau obligasi syarikat itu; dan
(b) Mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
(6) Apa-apa prosiding yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap suatu syarikat atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya, atas namanya yang baharu.
(7) Jika penggulungan suatu syarikat bermula dalam masa satu tahun selepas syarikat itu menukarkan namanya, namanya yang dahulu dan nama sedia ada syarikat itu hendaklah terdapat pada semua notis dan iklan berhubung dengan penggulungan itu.
(8) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apa bila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Selanjutnya
SEKSYEN 30 AKTA SYARIKAT 2016 – PENYIARAN DAN MEMPAMERKAN NAMA SYARIKAT.
Selepas syarikat didaftarkan dengan sempurna atau nama syarikat telah bertukar, Pihak syarikat perlu meletakkan nama syarikat barunya atau jika nama syarikat telah bertukar maka nama baru dan lamanya perlu dipamirkan dengan meletakkan perkataan (dahulu dikenali sebagai) untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru itu diluluskan.
Setiap pengarah dan pegawai syarikat hendaklah mengambil berat untuk mematuhi Akta Syarikat 2016 berkaitan mempamerkan nama syarikat dan memiliki alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.Sila baca maklumat yang diberi dibawah.
Berikut adalah petikan dari Seksyen 30 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan perkara yang perlu dilakukan selepas pertukaran nama syarikat dilakukan.
Sesuatu syarikat hendaklah mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di-
(a) pejabat berdaftarnya;
(b) tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan
(c) tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan
(2) Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada-
(a) surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;
(b) laman sesawangnya;
(c) bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;
(d) cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
(e) inbois pesanan dan tuntutan lain bagi pembyaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
(f) semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.
(3) Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.
(4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pemnukaran itu.
(5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Selanjutnya
NAMA SYARIKAT YANG DILARANG UNTUK DIPOHON.
DIANTARA NAMA-NAMA SYARIKAT YANG DILARANG UNTUK DIPOHON
Nama-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Keluarga Diraja seperti Diraja, Raja, Permaisuri, Putera, Puteri, Mahkota, Raja Muda atau Yang/Maha Mulia;
Nama-syarikat yang mempunyai kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti Persekutuan, Negeri atau Nasional;
Nama-syarikat yang mempunyai kaitan dengan sesuatu Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti ASEAN, UNESCO, NATO, EEC atau OPEC;
Nama-syarikat kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan;
Nama-syarikat yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya: Amanah, Amanah Saham, Bank, Bursa, Bumiputra, Biro, Buatan Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perindustrian, Dewan Pengeluaran, Eksekutor, Harga Patut, Institute, Insurans, Jaminan, Jurubank, Kewangan, Khazanah, Kredit, Kolej, Majlis, Pengguna, Pelaburan, Pejabat Pendaftaran, Pajakan, Perdana, Tauliah, Tabung, Universiti, Urusan Bank atau Yayasan;
Nama-syarikat yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain;
Nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan nama yang diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.
Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 (Banking And Financial Institutions Act 1989) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah bank, deposit-taking, finance, merchant bank, discount house, money broker, foreign exchange broker atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Securities Industry Act 1983) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah stock exchange, stock market, securities trading market atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (Futures Trading Industry Act 1993) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah futures exchange, futures broker, futures trading adviser atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Insurans 1963 (Insurance Act 1963) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah insurance, assurance, underwriter atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Pengurupan Wang 1998 (Money-Changing Act 1998) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah pengurup wang, tukaran mata wang atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Penilai, Pentadbir Dan Ejen Harta Tanah 1981 (Valuers, Appraisers And Estate Agents Act 1981) ; Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah estate agent, house agenta, property agent, land agent, house broker atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; dan Akta Takaful 1984
Perkataan Takaful atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya ; Akta Perakaunan 1967; Perkataan Percukaian, Cukai, Perakaunan, Juruaudit, Perunding Percukaian, Penasihat Percukaian atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Akta Perubatan (Iklan dan Penjualan) 1956; Klinik swasta, Klinik, Klinik Radiologi Swasta, Makmal Perubatan Swasta, Rawatan alternatif, Herba tradisional, Tabib, Klinik Homeopathy, Herba Perubatan Tradisional, Medical Hall atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti-Aktiviti Yang Dikawal Oleh Agensi Kerajaan Atau Oleh Sesuatu Profesion seperti Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ;
Perkataan-perkataan seperti Labuan Offshorea, Syarikat Luar Pesisir, Labuan Trust Company atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Lembaga Arkitek Malaysia bagi perkataan arkitek atau architect;
Kementerian Pendidikan Malaysia ; Perkataan-perkataan seperti kolej, institute, universiti, sekolah atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Jabatan Pembangunan Koperasi bagi perkataan-perkataan seperti koopa, Koperasi atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Jabatan Penerbangan Awam ; Perkataan-perkataan seperti aviation, airways, airlines, air atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Lembaga Jurutera Malaysia bagi perkataan jurutera ;
Institut Akauntan Malaysia ; Perkataan Percukaian atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Jabatan Perdana Menteri; Perkataan Dinar
Kementerian Perusahaan Utama; Perkataan Pusat Seranta Pengurusan Hutan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Perkatan Crypto, Muttaqim, Mustaqim, Ehram Mukjizah, Wakaf, Amil, Baitulmal, Halal, Wasiat, Faraid atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Seksyen Pengurusan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ;Perkataan Amanah bagi permohonan syarikat amanah.
Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang menunjukkan kaitan dengan aktiviti yang dikawal oleh agensi atau badan profesion tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi atau badan profesion yang berkenaan. Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian nama syarikat.
Nama Yang Dikawal Dan Dihadkan Penggunaan Kerana Kepentingan Nasional Atau Awam ; Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan, Astro, DIGI, Berjaya Chase, HICOM, Petronas, Intrakota,Celcom, Pernas, Perodua, Modenas, Telekom, Kenyir, Kulim Hi-Tech
Cyber atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
Putrajayaa atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
MSC/Multimedia Super Corridor atau Koridor Raya Multimedia; Orang Tengah,
Middle Man; Rezab Melayu, Malay Reserved;
Perkataan yang melambangkan aktiviti perjudian seperti sweepstake, loteri, gambling, tilik nasib atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;
Perkataan seperti arak, liquor dan seumpamanya; dan perkataan daripada slogan-slogan kerajaan seperti Wawasan 2020, Bersih, Cekap 2006, Kuala Lumpur 2008, Malaysia Boleh, Dulu, Kini dan selamanya dan lain-lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Selanjutnya

 

top