Bagi syarikat yang tidak lagi beroperasi adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan penutupan syarikat bagi mengelakan denda dikeluarkann keatas nama syarikat dan juga kepada Lembaga Pengarah diatas kesalahan tidak menyerah simpan dokumen berkanun seperti penyata tahunan dan akaun beraudit di Pendaftar Syarikat.
Pengarah juga perlu mengambil berat untuk memastikan maklumat syarikat adalah betul dari masa kesemasa dan jika terdapat perubahan didalam syarikat maka ia perlu dikemaskini seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016.
Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.

Khidmat Pendaftaran syarikat adan Penutupan Syarikat

Berikut adalah sebahagian daripada maklumat berkaitan pemotongan nama syarikat yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016 sebagai rujukan.

 

SEKYEN 549 – AKTA SYARIKAT 2016 – KUASA PENDAFTAR UNTUK MEMOTONG SYARIKAT DARIPADA DAFTAR.
Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Akta ini, Pendaftar boleh memotong sesuatu syarikat daripada daftar, jika-
(a) Syarikat itu tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi;
(b) Syarikat itu melanggar Akta ini;
(c) Syarikat itu digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang menjejaskan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan,keselamatan,kepentingan awam,ketenteraman awam,ketertiban atau kemoralan di Malaysia;
(d) Dalam apa-apa hal jika syarikat digulung dan pendaftar mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa-
(i) Tiada penyelesai yang bertindak-
(ii) Hal ehwal syarikat digulung sepenuhnya dan selama tempoh enam bulan penyelesai telah ingkar dalam menyerah simpan apa-apa penyata yang dikehendaki supaya dibuat olehnya;
(iii) Hal ehwal syarikat telah digulung sepenuhnya dibawah penggulungan oleh Mahkamah dan tiada asset atau asset yang ada tidak mencukupi untuk membayar kos bagi memperoleh perintah Mahkamah untuk membubarkan syarikat.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 551 – AKTA SYARIKAT 2016 – NOTIS TENTANG NIAT UNTUK MEMOTONG NAMA SYARIKAT.
(1) Sebelum nama suatu syarikat boleh dipotong daripada daftar di bawah seksyen 549, Pendaftar boleh menyampaikan kepada syarikat itu atau penyelesai, suatu notis, yang menyatakan bahawa jika tiada jawapan yang menunjukkan sebab sebaliknya tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikah notis itu, suatu pemberitahuan kepada orang awam akan disiarkan mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar, dengan tujuan untuk memotong nama syarikat daripada daftar.
(2) Pendaftar boleh memotong nama syarikat daripada daftar selepas habis tempoh tiga puluh hari dari penyiaran pemberitahuan dalam subseksyen (1) jika dia-
(a) menerima pengesahan bahawa syarikat itu tidak lagi menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi;
(b) tidak menerima jawapan daripada syarikat itu kepada notis yang disebut dalam subseksyen (1);
(c) tidak menerima bantahan kepada notis dan pemberitahuan umum yang disebut dalam subseksyen (1)
(d) tidak berpuas hati dengan sebab-sebab tentang kenapa syarikat itu tidak boleh dipotong.
(3) Pendaftar hendaklah menyiarkan nama syarikat yang telah dipotong dalam warta dan setelah disiarkan dalam warta, syarikat itu hendaklah dibubarkan.
(4) Notis yang hendaklah dihantar di bawah seksyen ini kepada seseorang penyelesai boleh dialamatkan kepada penyelesai itu di tempat perniagaan terakhirnya yang diketahui, dan surat atau notis yang hendaklah dihantar kepada syarikat itu di pejabat berdaftarnya atau, jika tiada pejabat yang didaftarkan, kepada pegawai syarikat yang nama dan alamatnya diketahui oleh Pendaftar, boleh dihantar kepada setiap orang yang menubuhkan syarikat itu, yang dialamatkan kepadanya dialamat terakhir yang diketahui.
Selanjutnya

 

SEKSYEN 552 – AKTA SYARIKAT 2016 – BANTAHAN TERHADAP PEMOTONGAN NAMA SYARIKAT DARI DAFTAR
(1) Jika suatu notis tentang niat untuk memotong sesuatu syarikat daripada daftar diberikan dibawah subseksyen 551(1), mana-mana orang boleh, bersama dengan bayaran fi yang ditetapkan, menyerah simpan dengan pendaftar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, suatu bantahan terhadap pemotongan nama syarikat itu atas mana-mana alas an berikut;
(a) Bahawa syarikat itu masih menjalankan perniagaan atau terdapat sebab lain baginya untuk terus wujud;
(b) Bahawa syarikat itu merupakan suatu pihak kepada prosiding undang-undang;
(c) Bahawa syarikat itu adalah dalam penerimaan atau penyelesaian, atau kedua-duanya;
(d) Bahawa orang itu seorang pemiutang atau seorang anggota atao seseorang yang mempunyai tuntutan yang belum dilepaskan terhadap syarikat itu;
(e) Bahawa orang itu mempercayai bahawa terdapat, dan berniat untuk menruskan, suatu hak tindakan bagi pihak syarikat itu di bawah Penggal 6 Bahagian III; atau
(f) Bahawa, bagi apa-apa sebab lain, adalah tidak adil dan saksama untuk memotong nama syarikat daripada daftar.
(2) Bagi maksud perenggan (1)(d)-
(a) Suatu tuntutan oleh pemiutang terhadap sesuatu syarikat bukan merupakan tuntutan yang belum dilepaskan jika-
(i) tuntutan itu telah dibayar dengan sepenuhnya; atau
(ii) tuntutan itu telah dibayar dengan sepenuhnya atau sebahagiannya oleh penerima atau penyelesai dalam penerimaan dan penyelesaian yang disempurnakan; atau
(iii) penerima dan penyelesai memberitahu pemiutang bahawa asset syarikat tidak mencukupi untuk membolehkan apa-apa bayaran dibuat kepada pemiutang; dan
(b) suatu tuntutan oleh anggota atau mana-mana orang lain terhadap sesuatu syarikat bukan merupakan tuntutan yang belum dilepaskan jika-
(i) bayaran telah dibuat kepada pemegang syer atau orang itu mengikut suatu hak dibawah perlembagaan atau Akta ini untuk menerima atau berkongsi asset lebihan syarikat; atau
(ii) penerima atau penyelesai memberitahu anggota atau orang itu bahawa syarikat itu tidak mempunyai asset lebihan.
(3) Pendaftar tidak boleh meneruskan pemotongan melainkan jika pendaftar itu berpuas hati bahawa-
(a) Bantahan telah ditarik balik
(b) Apa-apa fakta yang berdasarkannya bantahan itu dibuat adalah tidak benar, atau tidak lagi benar; atau
(c) bantahan itu adalah remeh dan menyusahkan.
(4) Pendaftar hendaklah menghantar suatu pemberitahuan kepada pembantah dan syarikat jika dia memutuskan untuk menggantung atau untuk meneruskan pemotongan syarikat itu.
Selanjutnya

 

top