Membina Empayar Perniagaan Korporat Anda Bersama Kami

FIRMA PENDAFTARAN SYARIKAT DAN SETIAUSAHA SYARIKAT ANDA DI MALAYSIA

Firma Pendaftaran Syarikat kami berperanan sebagai pintu gerbang yang dapat membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki sebuah syarikat yang berdaftar. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016 bolehlah membuat permohonan pendaftaran syarikat secara peribadi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau melalui Firma Setiausaha Syarikat kami dengan melantik Setiausaha Syarikat kami bagi menyediakan kertas kerja untuk tujuan permohonan dan pendaftaran syarikat anda di SSM. Sila datang ke Pejabat kami untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang prosedur dan keperluan untuk pendaftaran syarikat anda.

MENGENAI SETIAUSAHA SYARIKAT DI MALAYSIA

Laman web ini telah diwujudkan khusus untuk menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kepada mana-mana individu atau bakal usahawan sama ada dikalangan warganegara Malaysia atau warganegara Asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia serta berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM). Anda boleh melantik setiausaha syarikat kami untuk membantu anda menyempurnakan pendaftaran syarikat anda secara sah disisi undang-undang seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Anda juga boleh mendapat asas bimbingan dan khidmat nasihat serta konsultansi dari Setiausaha Syarikat kami tentang selok belok perniagaan.

Secara amnya setiausaha syarikat merupakan individu yang amat penting bagi sesebuah syarikat dan ianya merupakan tulang belakang sesebuah syarikat dan berpengalaman semenjak dari tahun 1999 sehingga kini. Setiausaha Syarikat adalah Individu yang menjadi penyebab untuk mewujudkan syarikat anda dengan sah disisi undang-undang dan khidmatnya perlu dibayar dari masa kesemasa bagi memastikan syarikat anda dikemaskini dari masa kesemasa. Perlu diingatkan bahawa anda perlu melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat dalam masa 30 hari selepas sahaja syarikat anda diperbadankan sepenuhnya dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Setiausaha syarikat bertanggungjawap untuk menyediakan dokumen berkanun serta mengurus tadbir kerja-kerja kesetiausahaan syarikat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Disamping itu setiausaha syarikat juga bertindak untuk menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun dari masa kesemasa di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memenuhi kehendak perundangan syarikat bagi memastikan urusan perniagaan anda diiktiraf oleh Pihak Kerajaan dan juga Pihak Swasta.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan dari kami untuk memasukkan data serta menguruskan sistem transaksi perakaunan, audit termasuk juga percukaian syarikat serta individu. Disamping itu juga kami menawarkan perkhidmatan untuk membantu syarikat anda membuat permohonan bagi mendapatkan lesen daripada Kementerian Kewangan. Banyak faktor yang terlibat dan perlu diambil tahu oleh anda bagi memastikan urusniaga serta kepentingan perniagaan anda terjamin dan selamat serta berjalan dengan lancar.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kepakaran daripada konsultan kami sebelum memulakan perniagaan anda dengan kos RM500.00 dan anda akan didedahkan tentang asas serta selok belok perniagaan mengikut perundangan syarikat. Urusan pendaftaran syarikat boleh dilakukan melalui Firma kami meskipun dimana sahaja anda berada. Bangunkan impian perniagaan anda melalui laman web www.daftarsyarikat.com.my sekarang serta jadikan Firma Setiausaha Syarikat kami sebagai pintu gerbang pendaftaran dan perniagaan anda.

Pendaftaran Syarikat Anda Bermula Disini

Pendaftaran syarikat amat penting sebelum anda memulakan perniagaan untuk melindungi hak anda di sisi undang-undang. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Cara ke lokasi kami:
Menggunakan kereta
  • 26 minit – Lebuhraya Utara – Selatan – Tol Sg Buloh – 24.9 km
  • 32 minit – Jalan Kuching – MRR2 – 26.1 km
  • 32 minit – Jalan Kuala Selangor – 23.6 km
Alamat Perniagaan

DM Corporate Holding (M) Sdn. Bhd. (1103339-U)
No. 20-A Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra,
47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

No. 20-B Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra,
47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-2770 2500 | +603-6148 8262 | +603-6156 2933 | +603-6731 1393
Fax: +603-2770 2527
Website : www.registercompany.com.my | www.daftarsyarikat.com.my
Email     : sales@registercompany.com.mydmcorporatesb@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/pendaftaransyarikat

 

Bahagian Pendaftaran Syarikat
Waktu Operasi Pejabat
  • 10.00 pg – 5.00 ptg (Isnin – Khamis)
  • 10.00 pg – 12.45 tgh / 02.45 ptg – 05.00 ptg (Jumaat)
  • Sabtu & Ahad (Tutup) – Mesyuarat dan temujanji boleh diadakan atas permintaan anda dan bayaran akan dikenakan.
Cara pembayaran
  • Bank : Public Bank Berhad
  • Nama : DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd
  • Nombor Akaun : 3811766201
  • SWIFT Code : PBBEMYKL

top