DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Firma Pendaftaran Syarikat & Perniagaan Di Malaysia

 


FIRMA SETIAUSAHA SYARIKAT BERDAFTAR DI MALAYSIA.


Anda kini sedang melayari laman web perkhidmatan penubuhan syarikat dan perniagaan di Malaysia oleh DM Corporate Sdn Bhd melalui www.daftarsyarikat.com.my.

DM Corporate Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 29hb Mei,2001 di bawah Pendaftar syarikat (ROC) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Syarikat Malaysia – (SSM).

Pengalaman dan kepakaran kami didalam bidang pendaftaran syarikat serta kesetiausahaan syarikat bermula pada tahun 1999 dan ini membuatkan kami kekal berada didalam industri perundangan syarikat hingga kehari ini.

Firma kesetiausahaan syarikat ini merupakan pelantar untuk penubuhan syarikat serta  perniagaan di Malaysia.

Kami membantu untuk menguruskan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 dan kami juga membantu untuk memudahkan anda bagi menguruskan pendaftaran syarikat anda walau dimana sekalipun anda berada sama ada didalam negara mahupun luar negara dengan penjimatan masa dan perbelanjaan anda. 

Perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kami dibahagikan kepada tiga jabatan iaitu Perkhidmatan Pendaftaran syarikat, jabatan Perakaunan, Pengauditan, cukai, dan Jabatan Pelesenan. 

Sini anda boleh melantik seorang setiausaha syarikat yang berkelayakan untuk mendaftarkan syarikat anda dan kami juga menyediakan alamat pejabat berdaftar bagi setiap syarikat yang ditubuhkan oleh firma kami. 

Firma Setiausaha Syarikat ini dikendalikan oleh En Mohd  Daud Bin Abdul Raman yang juga bertindak sebagai setiausaha syarikat berlesen dan Puan Saedah Binti Saidin yang bertindak sebagai pengarah urusan serta pegawai kepada setiausaha syarikat.

Firma setiausaha syarikat kami dikendalikan didalam 2 versi iaitu melalui www.daftarsyarikat.com.my serta www.registercompany.com.my. 

Fima kami bertanggungjawap untuk menyediakan kertas kerja,mengurus dan membuat permohonan yang berkaitan dengan penubuhan syarikat serta mengendalikan urusan serah simpan dokumen berkanun syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari masa kesemasa mengikut kehendak Akta Syarikat 1965.

Diantara bidang yang terlibat didalam bidang kesetiausahaan syarikat adalah seperti  penubuhan sesebuah syarikat sama ada dimilik oleh warganegara Malaysia atau warganegara asing yang ingin membuat pelaburan dan mengembangkan operasi perniagaan di Malaysia.

Kami telah membentuk laman web ini khusus bagi tujuan memudahkan urusan pendaftaran syarikat anda untuk diperbadankan sepenuhnya di Malaysia melalui Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM) mengikut lunas-lunas perundangan seperti yang termaktub di dalam Akta Syarikat,1965 serta maklumat berkaitan pendaftaran syarikat.

Anda hanya perlu mengisi borang untuk membeli syarikat atau borang pendaftaran syarikat  baru dan memberi maklumat berkaitan mengenai pengarah serta pemegang saham dan maklumat lain yang diminta secara online.

Firma kami mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk menubuhkan syarikat di Malaysia oleh warganegara Malaysia dari seluruh semenajung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Warganegara asing juga dibenarkan untuk menubuhkan syarikat di Malaysia sama ada pemilikkan sepenuhnya warganegara asing atau melibatkan perkongsian diantara rakyat Malaysia dan asing.

Nikmati PAKEJ LENGKAP bila anda mendaftar syarikat baru atau membeli syarikat yang telah berdaftar sepenuhnya melalui kami.

Kami memegang konsep untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan  menjadi tulang belakang perniagaan anda.

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-61488262 / 019-3260345 / 019-3698122 untuk pertanyaan serta kemusykilan anda.

DM Corporate Sdn.Bhd merupakan Firma yang boleh membantu anda untuk merealisaikan impian memiliki syarikat di Malaysia.