DM Corporate Sdn.Bhd-Pejabat Firma Pendaftaran Syarikat & Perniagaan serta Liabiliti Terhad Perkongsian - LLP
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Mencari & Melantik Setiausaha Syarikat Baru.


Adakah Setiausaha Syarikat Anda Bermasalah dan anda ingin menukar setiausaha syarikat?  

Biasanya sesebuah syarikat yang tidak berpuashati dengan tahap perkhidmatan setiausaha syarikatnya berhak untuk melantik setiausaha syarikat yang baru bagi mengantikan jawatan setiausaha syarikat sedia ada.Kebiasaannya bila mana terdapat kesukaran bagi Lembaga Pengarah dan pemegang saham atau kakitangan syarikat untuk berhubung dengan setiausaha syarikat yang dilantik untuk mendapatkan perkhidmatan mahupun pengesahan dokumen berkanun maka mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 disini Lembaga Pengarah diberi pilihan untuk melantik setiausaha syarikat yang baru 

Anda perlu mencari setiausaha syarikat baru yang dikenal pasti mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik.DM Corporate Sdn.Bhd. merupakan salah satu Firma Setiausaha Syarikat yang dicari bagi membantu anda mendapatkan khidmat setiausaha syarikat yang dilesenkan oleh SSM. 

Kaedah mudah untuk memecat dan melantik setiausaha syarikat baru bagi mengambil alih fail asal,buku-buku berkanun serta cop mohor syarikat. 

Menghantar surat perletakan jawatan setiausaha syarikat sedia ada melalui fax atau serahan tangan oleh Lembaga Pengarah kepada Firma Setiausaha Syarikat sedia ada berserta butir-butir setiausaha syarikat baru seperti Nama setiausaha syarikat,alamat tempat tinggal dan no lesen.Secara langsung jawatan setiausaha syarikat akan gugur. 

Setiausaha syarikat asal dengan ini perlu menyerahkan dokumen syarikat seperti fail asal,buku-buku berkanun serta cop mohor syarikat selepas dikemaskini kepada Lembaga Pengarah untuk diserahkan kepada setiausaha syarikat baru bersama surat rasmi syarikat yang memaklumkan keinginan syarikat melantik beliau bagi mengendalikan urusan kesetiausahaan syarikat. 

Untuk pengetahuan tempoh 1 bulan diberi kepada lembaga pengarah syarikat untuk mencari dan melantik setiausaha syarikat baru. 

Serahan dokumen berkaitan pelantikan dan perletakan jawatan pengarah melalui borang 49 boleh dilakukan oleh setiausaha syarikat baru atau sedia ada. 

Setiausaha syarikat adalah seorang pegawai syarikat yang dilantik oleh Lembaga Pengarah melalui mesyuarat Lembaga Pengarah dan diberi kuasa untuk melantik atau memecat seseorang setiausaha syarikat pada bila-bila masa yang dikehendaki.

 

Dokumen-dokumen yang terlibat yang perlu disediakan untuk diserah simpan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah seperti berikut:

Borang 49 - Pelantikan dan peletakan jawatan setiausaha syarikat.
Borang 44 - Perubahan alamat berdaftar Syarikat.
Resolusi Lembaga untuk perubahan setiausaha syarikat & perubahan alamat pejabat berdaftar


Fee Profesional

RM 200.00 untuk perlantikan setiausaha syarikat,kertas kerja perundangan serta serahan dokumen ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 

Fee Alamat Pejabat Berdaftar

RM 60.00 sebulan dan perlu dibayar sama ada 6 bulan atau 1 tahun kehadapan.

 



Pejabat Pendaftaran Setiausaha Syarikat – Certified Secretarial & Management Firm

DM Corporate Sdn.Bhd.(548869-M

No 20A Jalan BRP 1/2 Bukit Rahman Putra,47000,Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-61488262            Fax:03-61562933  


Saedah Binti Saidin                  

Pengarah Urusan

+6019-326 0345


Mohd Daud Bin Abdul Raman             

Setiausaha Syarikat Berlesen Dari Suruhajaya Syarikat Malaysia 

+6019-369 8122


Waktu Pejabat

10.00 pagi - 5.00 petang (Isnin-Khamis)

10.00 pagi - 12.45 petang / 02.45 - 05.00 (Jumaat)

Sabtu (Cuti)