DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Pejabat Pendaftaran Syarikat | Setiausaha Syarikat Berlesen

 


 Setiausaha Syarikat MALAYSIA


Selamat datang ke laman web setiausaha syarikat kami di www.daftarsyarikat.com.my yang dimiliki serta dikendalikan oleh DM Corporate Sdn Bhd. Kami merupakan sebuah firma setiausaha syarikat milik penuh bumiputera yang berdaftar di dalam Malaysia dan menguna akses sistem MyCoID dan MyLLP dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan setiausaha syarikat untuk mendaftar atau menubuhkan syarikat bagi warganegara Malaysia serta warganegara asing yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan di Malaysia dan kami juga menyediakan khidmat setiausaha syarikat serta alamat pejabat berdaftar kepada semua pelanggan kami bagi membolehkan syarikat mereka didaftarkan sepenuhnya di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan setiap syarikat adalah wajib untuk mempunyai alamat pejabat berdaftarnya didalam Malaysia.

Setiausaha syarikat merupakan individu yang dilantik serta dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dahulunya lebih dikenali sebagai Pendaftar Syarikat dan setiausaha syarikat bertindak bagi menguruskan segala urusan berkaitan penubuhan syarikat. Ini membolehkan syarikat anda didaftarkan secara sah dan sempurna mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta ini berada dibawah pengawasan serta kawalan Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM). 

Perlu diketahui dengan jelas bahawa lesen setiausaha syarikat dikeluarkan kepada individu dan bukannya dalam bentuk syarikat seperti yang difahami selama ini oleh masyarakat. Syarikat ditubuhkan  diatas nama pemegang lesen  yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali dengan SSM hanyalah badan yang dipertanggungjawapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menerima semua permohonan daripada setiausaha syarikat berlesen terutamanya pendaftaran syarikat bagi pihak awam,menerima serah simpan segala bentuk dokumen berkanun syarikat dan juga bertindak menfailkan dokumen yang diserahkan oleh setiausaha kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia hanya bertindak sebagai pendaftar syarikat, manakala setiausaha syarikat pula bertindak untuk melakukan pendaftaran syarikat dan meneruskan tugas kesetiausahaan mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965. Dengan ini, setiausaha syarikat biasanya mengalas tugas-tugas kesetiausahaan bagi syarikat yang didaftarkan, Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Pemegang Saham.

Untuk makluman anda berjaya atau gagalnya sesebuah organisasi atau syarikat bergantung kepada banyak faktor. Punca kegagalan adalah disebabkan syarikat gagal melaksanakan tugas dan fungsi mengikut garis panduan dan mengikut Akta. Secara amnya syarikat berurusniaga dan beroperasi secara bertentangan dengan peruntukan pelbagai Akta yang telah dibentuk oleh Kerajaan Malaysia.

Setiausaha syarikat bukan lagi yang boleh dipandang rendah oleh masyarakat umum kerana ianya bertindak sebagai tulang belakang kejayaan sesebuah syarikat dan organisasi sama ada perniagaan itu berskala kecil ataupun besar. Walaupun peranan setiausaha syarikat begitu luas didalam bidang pengurusan dalaman dan luaran syarikat, maka perlulah diingati dan ditanamkan didalam fikiran bahawa setiausaha syarikat tidak boleh dipinggirkan begitu saja kerana ianya dipertanggungjawabkan untuk melahirkan atau memperbadankan syarikat anda.

Mana-mana Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham yang menolak peranan penting seseorang setiausaha syarikat akan lambat laun gagal membawa syarikatnya ke mercu kejayaan dan keseluruhan operasi perniagaannya akan lumpuh. Khidmat nasihat daripada setiausaha syarikat serta prinsip perniagaan mengikut perundangan perlulah dipatuhi bagi membentuk sesebuah syarikat agar lebih kukuh dan dapat membentuk dalaman dan luaran syarikat dengan kemas dan teratur.

Mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 perlantikan setiausaha syarikat, juruaudit dan lain-lain yg berkaitan menjadi keperluan wajib yang perlu diutamakan. Tanpa mengadakan Mesyuarat Agung tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa penyerahan akaun beraudit dan penyata tahunan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), akan menjatuhkan kredibiliti syarikat  dan secara langsung gagal memberi manfaat kepada syarikat daripada badan-badan kerajaan mahupun swasta. Kegagalan mematuhi undang-undang yang disediakan akan menyebabkan perancangan dan usaha gagal untuk syarikat tersebut terus berada di kemuncak kejayaan.

Di atas tanggungjawab ini, setiausaha syarikat berhak mengenakan imbuhan bayaran dalam bentuk yuran setiausaha syarikat dan juga mengenakan bayaran yuran professional atas kerja yang dijalankan. Setiausaha Syarikat juga berhak meletakkan jawatan pada bila-bila masa jika mendapati pihak syarikat yang sudah didaftarkan tidak beroperasi mengikut lunas perundangan serta gagal memberi kerjasama terhadap syarat-syarat yang telah diberikan.

Pengarah juga berhak melakukan perkara yang sama bila mana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh setiausaha syarikatnya. Penamatan jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dengan berakhirnya jawatan tersebut, maka perlantikan setiausaha syarikat baru perlu dilakukan oleh lembaga pengarah dalam tempoh 30 hari dari penamatannya.

Kami dengan ini amat komited menjalankan kewajipan sebagai setiausaha syarikat anda. www.daftarsyarikat.com.my merupakan pintu gerbang anda untuk mewujudkan syarikat yang anda impikan. Hubungi khidmat pelanggan kami di 03-6148 8262 atau talian bimbit kami di 019-3260345 / 019-3698122 untuk mendapatkan maklumbalas serta merta.