DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Pakej Syarikat Tersedia Baru


Nama syarikat tersedia yang dibeli boleh diubah pada bila-bila masa dengan kos yang berpatutan.


Nota:-
Harga syarikat tersedia yang kami tawarkan meliputi keseluruhan kos perubahan bagi perlantikan pengarah baru di Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA, pemindahan saham di Pejabat Duti Setem, pembelian set buku-buku berkanun syarikat, cop mohor syarikat, Mesyuarat Agung Pertama Lembaga Pengarah, resolusi pembukaan akaun syarikat,Salinan Borang 9, Borang 24, Borang 44, Borang 49 dan Memorandum & Artikel Syarikat yang disahkan oleh setiausaha syarikat kami.Anda dinasihatkan agar merujuk kepada pegawai kami terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan bagi mengelakkan kerugian.


DEFINASI  SYARIKAT TERSEDIA


Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu:
Mempunyai namanya sendiri
Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah
Mempunyai alamat yang tertentu
Mempunyai harta atas namanya sendiri
Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual succession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.


PAKEJ  SYARIKAT TERSEDIA


Modal dibenarkan sebanyak RM 100,000.
Pemindahan saham daripada pemilik asal kepada pemilik baru di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pegesahan dokumen perlantikan pengarah baru oleh Persuruhjaya Sumpah
Penyediaan kertas kerja yang lengkap bagi tujuan penubuhan syarikat.
Pembayaran Duti Setem di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk Memorandum & Artikel Persatuan Syarikat
Pegesahan dokumen perlantikan pengarah (Borang 48A) di Persuruhjaya Sumpah
Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah.
5 set Memorandum Dan Artikel atau Perkara-perkara Persatuan Syarikat (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Borang 9 - Sijil Perbadanan syarikat (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Borang 24  - Maklumat pemegang saham syarikat (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Borang 44  - Maklumat pejabat berdaftar syarikat (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Borang 49 - Maklumat kedudukan terkini lembaga pengarah syarikat (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Resolusi pembukaan akaun semasa syarikat atas pilihan anda.( Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Resolusi Perlantikan dan perletakkan jawatan baru Pengarah Syarikat
Resolusi Perlantikan dan perletakkan jawatan baru Setiausaha Syarikat
Resolusi Perubahan alamat berdaftar
Borang Pemindahan saham 2 unit di Pejabat Duti Setem
Pendaftaran dokumen perubahan di SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA.
Set Lengkap Buku berkanun
Buku daftar ahli (Seksyen 158).
Buku daftar pengarah,pengurus dan setiausaha (Sekyen 141).
Buku daftar pemegang debentur (Seksyen 70).
Buku minit mesyuarat lembaga pengarah syarikat dan setiausaha (Seksyen 156).
Buku sijil saham syarikat yang tertera nama syarikat.
Cop mohor syarikat


Nota:-
Untuk segala pertanyaan berkaitan syarikat tersedia kami dan urusan yang berkaitan penyerahan dokumen syarikat tersedia yang disahkan oleh setiausaha syarikat atas kadar segera (1 jam) untuk membolehkan syarikat anda beroperasi serta merta perlu menghubungi pegawai kami di 019-3260345 (Saedah Binti Saidin) / 019-3698122 (Mohd Daud Bin Abdul Raman).
Harga pendaftaran syarikat yang terdapat atau dipaparkan didalam Iklan di Akbar harian merupakan kos keseluruhan penubuhan syarikat yang perlu dibayar ke Surhanjaya Syarikat MALAYSIA dan Pejabat Duti setem.Ianya tidak termasuk kos-kos sampingan yang lain seperti buku-buku berkanun syarikat,cop mohor syarikat,Mesyuarat pertama lembaga pengarah,resolusi pembukaan akaun syarikat,Salinan sah borang 9,24,44,49 dan Memorandum & Artikel Syarikat oleh setiausaha syarikat.Anda dinasihatkan agar merujuk terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan bagi mengelakkan kerugian.