DM Corporate Sdn.Bhd-Pejabat Firma Pendaftaran Syarikat & Perniagaan serta Liabiliti Terhad Perkongsian - LLP
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Firma Setiausaha Syarikat Bumiputera Berlesen


 PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT 


Maklumat Ringkas

Laman web ini diwujudkan khusus bagi menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kepada mana-mana individu sama ada rakyat MALAYSIA atau Asing untuk menubuhkan serta mendaftar syarikat mereka di Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM) melalui setiausaha syarikat kami secara sah disisi undang-undang mengikut peruntukan Akta Syarikat,1965.

Kami juga menjual syarikat tersedia yang baru dan telah berdaftar sepenuhnya di Pejabat Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA dan syarikat yang dijual tidak pernah melakukan apa-apa transaksi perniagaan semenjak ianya diperbadankan.Syarikat tersedia kami diwujudkan bagi anda yang ingin memiliki syarikat dengan kadar segera.

Untuk makluman anda,Pihak DM Corporate Sdn.Bhd hanya memberi tumpuan khusus kepada pendaftaran dan penjualan syarikat Sendirian Berhad baru sahaja dan yang berkaitan seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Syarikat,1965.

Kami tidak menawarkan perkhidmatan pendaftaran perniagaan milik tunggal dan perkonsian sama sekali atas kehendak Suruhajaya syarikat Malaysia yang melarang mana-mana  agensi perkhidmatan menawarkan perkhidmatan ini kepada orang awam.Permohonan perniagaan milik tunggal atau perkongsian hanya boleh dilakukan oleh orang perseorangan secara peribadi di mana-mana cawangan terdekat SSM.

Perkhidmatan bagi permohonan untuk mendapatkan Lesen dari Kementerian Kewangan,Lesen Bumi,Lesen dari Pusat Khidmat Kontraktor dan lain-lain yang melibatkan perlesenan am dari agensi dan badan kerajaan hanya ditawarkan kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru yang mengambil perkhidmatan kami sahaja.

Bagi syarikat milik tunggal atau perkongsian serta syarikat Sendirian Berhad yang bukan dikalangan pelanggan kami dan ingin mendapatkan khidmat perlesenan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Setiausaha Syarikat anda sendiri atau melalui agen-agen yang menawarkan perkhidmatan setempat.


 Bagi Penubuhan Syarikat Anda Di Malaysia - Pejabat: 03-61488262 - Bimbit 019-3260345 & 019-3698122


 


Downloads
Caj perkhidmatan Profesional - DM Corporate Sdn.Bhd.-MALAY.pdf