DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Keperluan & Syarat Pendaftaran Perniagaan


Pendaftaran Perniagaan


SYARAT & PROSEDUR PERMOHOHAN 

  1. Satu (1) orang pemohon untuk pendaftaran pemilikan tunggal dan sekurang-kurangnya 2 hingga maksimum 20 orang jika pemilikan secara perkongsian sahaja dibenarkan dan layak didaftarkan dan terbuka hanya kepada warganegara Malaysia atau penduduk tetap sahaja.Warganegara asing tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan pendaftaran perniagaan.
  2. Butir-butir peribadi setiap pemohon atau rakan kongsi pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan.
  3. Pemohon mestilah dikalangan Warganegara Malaysia sahaja atau mempunyai status penduduk tetap dan mesti mempunyai alamat tempat tinggal di Malaysia.
  4. Pejabat Pendaftar Perniagaan tidak akan membuat pendaftaran bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak kecuali pemohon mempunyai alamat tempat tinggal dan perniagaan di tempat selain dari negeri Sabah dan Sarawak.Pendaftaran sedemikian hendaklah di buat di di Majlis Daerah dalam Negeri permohon tersebut kerana ianya adalah diluar bidang kuasa Pendaftar Perniagaan. Pemohon dari Wilayah persekutuan Labuan dibenarkan mendaftar perniagaan di Semenanjung.
  5. Berumur 18 tahun ke atas
  6. Pastikan pemohon tidak memiliki apa-apa perniagaan yang berdaftar di Pejabat Pendaftar Perniagaan yang telah tamat tarikh luput.Proses penutupan atau pembaharuan perniagaan lama hendaklah terlebih dahulu dibuat bagi mengelakkan permohonan ditolak di Pejabat Pendaftar Perniagaan.
  7. Nama perniagaan yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya 3 atau lebih.
  8. Huraian tentang aktiviti perniagaan hendaklah dijelaskan. 

Syarat permohonan 

    1. Bayaran deposit atau secara penuh diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar perniagaan baru.
    2. Butir-butir dan maklumat peribadi setiap pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan alamat kediaman serta lain-lain maklumat yang berkaitan seperti yang diminta didalam borang pendaftaran hendaklah dikemukakan didalam borang pendaftaran atau apa jua bentuk cara penyerahan maklumat mestilah sama seperti yang tercatit didokumen peribadi asal pemohon bagi tujuan mengelakkan kesulitan semasa pendaftaran.
    3. Mengisi borang pendaftaran perniagaan dengan lengkap dan tepat seperti di kad pengenalan atau passport.
    4. Proses pendaftaran perniagaan hanya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan pemohon dan setelah menerima bayaran baki atau penuh. 

Peringatan:- 

    1. Sekiranya pihak pelanggan tidak menyertakan salinan kad pengenalan maka pihak kami tidak akan bertanggung jawap sekiranya berlaku kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan.Kos akan ditanggung oleh Pihak pelanggan sepenuhnya.
    2. Khidmat pos laju atau courier hendaklah ditanggung oleh pemohon sepenuhnya.   

MAKLUMAT AM 

  1. Proses carian nama perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter carian nama perniagaan.
  2. Proses pendaftaran perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter pendaftaran perniagaan.
  3. Pembukaan bank akaun boleh dibuat dengan membawa sijil asal serta salinan pendaftaran perniagaan dan maklumat pemilik bersama cop getah yang tertera nama perniagaan dan no pendaftaran perniagaan.