DM Corporate Sdn.Bhd | Pejabat Pendaftaran Syarikat & Harta Intelek Di Malaysia | Agen MyCoID & MyLLP dari SSM
Home of DM Corporate Sdn BhdHOME  | Contact DM Corporate Sdn BhdCONTACT | NewsletterNEWSLETTER | SitemapSITEMAP  
Daftar Perniagaan - Pemilikan Tunggal - RM 300.00

  


Definasi


Perniagaan Perseorangan ialah entiti kepunyaan tunggal dan adalah di bawah takluk Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kebanyakkan daripada perniagaan yang kita dapati di Malaysia terutama di luar bandar adalah secara perseorangan dalam mana seseorang itu akan mengeluarkan modal untuk perniagaannya.


SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL


Maklumat Am & Syarat

  1. Hanya 1 pemilik atau pemohon dibenarkan bagi tujuan pendaftaran pemilikan secara tunggal dan layak dipohon oleh Warganegara Malaysia atau penduduk tetap sahaja.
  2. Warganegara Asing tidak dibenarkan sama sekali untuk mendaftar perniagaan sama ada milik tunggal atau secara perkongsian.
  3. Sila kemukakan maklumat lengkap serta butir-butir peribadi pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dll seperti yang diminta.
  4. Pemohon mestilah mempunyai alamat tempat tinggal di Malaysia.
  5. Pihak kami tidak menerima permohonan pendaftaran bagi mereka yang menetap dan ingin berniaga di Negeri Sabah atau Sarawak.Pendaftaran yang melibatkan kedua negeri ini hanya boleh dilakukan di Pejabat Cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Negeri tersebut.
  6. Pihak kami menerima pendaftaran bagi pemohon dari Wilayah Persekutuan Labuan.
  7. Berumur 18 tahun ke atas.
  8. Pastikan pemohon tidak memiliki apa-apa perniagaan yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang telah tamat tempoh.Proses penutupan atau pembaharuan perniagaan lama hendaklah terlebih dahulu dilakukan bagi membolehkan permohonan baru perniagaan diwujudkan.
  9. Nama perniagaan yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya 3 atau lebih.
  10. Huraian tentang aktiviti serta jenis perniagaan hendaklah dikemukakan.

 Syarat permohonan:-


  1. Bayaran deposit sebanyak RM200.00 atau secara penuh diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar perniagaan baru.
  2. Melengkapkan maklumat seperti yang diminta kedalam borang pendaftaran dengan memberi butir-butir serta maklumat peribadi setiap pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan alamat kediaman serta lain-lain maklumat yang berkaitan.Maklumat mestilah sama seperti yang tercatit didokumen peribadi asal pemohon (Kad Pengenalan). sekiranya berlaku kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau No Kad Pengenalan.Kos akan ditanggung oleh Pihak pelanggan sepenuhnya.
  3. Proses pendaftaran perniagaan hanya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan pemohon dan setelah menerima bayaran deposit atau bayaran penuh.

Maklumat Am :-


  1. Proses carian nama perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan borang carian nama perniagaan dilakukan.
  2. Proses pendaftaran perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan borang
  3. Proses untuk membuka akaun bank boleh dilakukan sejurus sijil perniagaan diterima oleh pemohon dengan membawa sijil asal perniagaan serta salinan sijil perniagaan serta maklumat pemilik (rakan kongsi) bersama cop getah yang tertera nama perniagaan dan no pendaftaran perniagaan.