JENIS SYER HARGA YURAN JUMLAH
Syarikat Baru 2 unit RM 2200 RM 720 RM 2920

Sila isikan borang pendaftaran baru jika anda bercadang untuk mendaftar syarikat.

Maklumat yang diperlukan bagi tujuan membuat pendaftaran syarikat baru seperti berikut:-

  1. Nama cadangan untuk dipohon sebagai nama syarikat
  2. 3 aktiviti utama perniagaan syarikat
  3. Jumlah modal syer untuk syarikat memulakan perniagaan.- wajib
  4. Peratusan yang dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.- wajib
  5. Nama bank serta alamat dimana akaun syarikat akan dibuka.
  6. Nama penandatangan cek syarikat.
  7. Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham – wajib
  8. Alamat kediaman terkini dan mestilah di Malaysia – wajib
  9. Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada – wajib
  10. No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap ahli syarikat.
  11. Melantik setiausaha syarikat - wajib
  12. Pembayaran untuk penubuhan syarikat ke akaun DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd di Public Bank Berhad – 3811766201

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil yang dilantik bagi tujuan menandatangani dokumen pendaftaran syarikat bagi megelakkan jenayah salah laku meniru tandatangan.

Proses tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan dan semua maklumat seperti yang dikehendaki seperti diatas. Anda boleh e.mail ke dmcorporatesb@gmail.com atau fax ke 03-27702527

PERINGATAN

Perhatian: Perubahan alamat perlu dimaklumkan pada setiausaha syarikat untuk membolehkan beliau mengemaskini data ahli syarikat di pengkalan portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Menjadi kesalahan jika perubahan tidak dikemaskini.Jika ahli syarikat gagal mematuhi akta maka ia telah membuat peryataan palsu sehingga boleh didenda tidak melebihi RM 3 Juta atau boleh penjara tidak melibihi 10 tahun.

Kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan dan lain-lain maklumat seperti yang diminta akan mengakibatkan penambahan kos dan peningkatan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak pelanggan.

Perkhidmatan pos laju atau courier hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

PAKEJ PENDAFTARAN SYARIKAT BARU

Nota: Harga pendaftaran syarikat baru yang kami tawarkan meliputi pakej lengkap seperti berikut:-

1 permohonan carian nama syarikat secara percuma.
Mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama
5 set dokumen Syarikat,
5 set seksyen 14 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 15 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 17 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 51 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
5 set seksyen 58 (Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
Resolusi pembukaan bank akaun syarikat ( Disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
1 cop getah bagi tujuan pembukaan akaun semasa syarikat.
Buku berkanun
Buku daftar ahli
Buku daftar pengarah,pengurus dan setiausaha
Buku daftar pemegang debentur
Buku minit mesyuarat lembaga pengarah syarikat dan setiausaha
Buku sijil saham syarikat.
Cop mohor syarikat.

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Pilihan Bayaran : Tunai, Bank Draf, Cek, Kiriman Wang, Arahan Pemindahan (PBBEMYKL)
Nama Bank : Public Bank Berhad
Bayar : DM Corporate Holding (M) Sdn.Bhd
No Akaun : 3811766201

Nota:-

Kami menawarkan pakej lengkap bagi setiap pendaftaran syarikat baru tanpa bayaran tersembunyi yang akan dikenakan.Pakej lengkap kami membolehkan anda berurus niaga serta merta selepas syarikat anda didaftarkan sepenuhnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Kami memastikan anda mendapat harga yang amat berpatutan.Sila rujuk dengan pegawai pendaftaran kami bagi untuk mendapatkan keterangan lanjut di 019-3260345 / 019-3698122 untuk mengelakkan kerugian.

Untuk segala pertanyaan berkaitan pendaftaran syarikat baru dan urusan yang berkaitan pendaftaran syarikat baru anda diminta untuk menghubungi pegawai kami di 019-3260345 (Saedah Binti Saidin) atau 019-3698122 (Mohd Daud Bin Abdul Raman – Setiausaha Syarikat).

Selanjutnya
ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR DAN WAKTU PEJABAT

Sekyen yang mewajibkan setiap syarikat mempunyai alamat pejabat berdaftarnya di malaysia – (Seksyen 46 Akta Syarikat 2016)

Sesuatu syarikat hendaklah pada setiap masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua bentuk komunikasi dan notis boleh ditujukan.

Pejabat Berdaftar itu hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang awam pada waktu biasa perniagaan.

Pejabat hendaklah diberitahu tentang apa-apa pertukaran alamat berdaftar dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Selanjutnya
DOKUMEN SYARIKAT DISIMPAN DI PEJABAT BERDAFTAR SYARIKAT

Sekyen yang mewajibkan setiap syarikat menyimpan dokumen di alamat pejabat berdaftarnya di malaysia – (Seksyen 47 Akta Syarikat 2016)

(1) sesuatu syarikat hendaklah menyimpan dipejabat berdaftarnya:-

(a) notis pendaftaran syarikat yang dikeluarkan dibawah seksyen 15;

(b) perlembagaan syarikat, jika ada

(c) perakuan yang diberikan dibawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan, jika ada;

(d) semua daftar, buku, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki dibawah Akta ini;

(e) minit semua mesyuarat anggota dan ketetapan anggota;

(f) minit semua mesyuarat dan ketetapan Lembaga dan jawatankuasa Lembaga;

(g) salinan semua komunikasi bertulis kerpada semua anggota atau semua pemegang syer daripada kelas yang sama;

(h) salinan semua penyata kewangan dan penyata kewangan berkumpulan;

(i) rekod perakaunan syarikat yang dikehendaki dibawah seksyen 245;

(j) salinan semua surat cara yang mewujudkan atau menjadi keterangan gadaian sebagaimana yang dikehendaki dibawah seksyen 357; dan

(k) apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pendaftar Syarikat.

(2) Apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), selain dokumen yang disebut dalam perengan (1)(f), boleh disimpan ditempat selain di pejabat berdaftar syarikat itu dengan syarat notis mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar.

(3) Syarikat itu hendaklah memberitahu Pendaftar apa-apa pertukaran alamat tempat yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran itu.

(4) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Selanjutnya

top