Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu:

    • Mempunyai namanya sendiri
    • Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah
    • Mempunyai alamat yang tertentu
    • Mempunyai harta atas namanya sendiri
    • Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual succession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Maklumat Am:-

Harga pendaftaran syarikat yang terdapat atau dipaparkan didalam Iklan di Akbar harian merupakan kos keseluruhan penubuhan syarikat yang perlu dibayar ke Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA dan Pejabat Duti setem.Ianya tidak termasuk kos-kos sampingan yang lain seperti buku-buku berkanun syarikat,cop mohor syarikat,Mesyuarat pertama lembaga pengarah,resolusi pembukaan akaun syarikat,Salinan sah borang 9,24,44,49 dan Memorandum & Artikel Syarikat oleh setiausaha syarikat.Anda dinasihatkan agar merujuk terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan bagi mengelakkan kerugian.

top