Pelantar Penubuhan Syarikat & Setiausaha Syarikat Berlesen

Setiausaha syarikat atau Pegawai Syarikat adalah individu yang diperlukan bagi membolehkan syarikat anda didaftarkan sepenuhnya di suruhanjaya syarikat MALAYSIA serta beliau bertindak sebagai orang tengah diantara syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setiausaha Syarikat merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat bagi orang awam sama ada rakyat tempatan mahupun rakyat asing. Setiausaha syarikat diperlukan bagi mengesahkan segala dokumen syarikat untuk membolehkan dokumen syarikat anda diterima dan sah disisi undang-undang mengikut Peruntukan Akta Syarikat 2016.

Pejabat Pendaftaran Syarikat,Register New Company Online In Malaysia

Disamping itu juga beliau merupakan pegawai syarikat yang ditugaskan memberi nasihat dan peringatan dari masa kesemasa mengikut kehendak akta seperti mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luarbiasa,melakukan pendaftaran serta menyerah simpan dokumen syarikat dari masa kesemasa seperti akaun beraudit,penyata tahunan dan lain-lain dokumen berkaitan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSM merupakan sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menerima semua permohonan daripada setiausaha syarikat berlesen bagi pihak orang awan yang ingin mendaftarkan syarikat atau perniagaan mereka, disamping itu juga SSM bertindak menerima serah simpan dokumen berkanun dari masa kesemasa daripada setiausaha syarikat dan memfailkan serta menyimpan semua dokumen-dokumen tersebut ke pengkalan data mereka dan segala maklumat berkaitan syarikat anda boleh di perolehi daripada sistem pengkalan data mereka jika diperlukan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia hanya bertindak sebagai pendaftar syarikat, manakala setiausaha syarikat bertindak bagi mefailkan pendaftaran syarikat dan juga melakukan tugas-tugas kesetiausahaan mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016.

Untuk pengetahuan anda, kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi atau syarikat bergantung kepada banyak faktor. Punca kegagalan itu disebabkan syarikat gagal untuk melaksanakan tugas dan fungsi mengikut garis panduan mengikut Akta Syarikat 2016 seperti gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan, gagal melakukan pembentangan akaun beraudit, menyerah penyata tahunan dll.

Firma Setiausaha Syarikat | Daftar Syarikat | Tutup Syarikat | Khidmat Setiausaha Syarikat

Setiausaha Syarikat

Setiausaha syarikat adalah satu-satunya individu yang amat penting dan tidak boleh dipandang rendah kerana ianya amat diperlukan oleh masyarakat sama ada didalam dan diluar negara untuk mewujudkan sesebuah syarikat.Setiausaha syarikat berperanan dan bertindak sebagai tulang belakang sesebuah syarikat serta organisasi perniagaan sama ada berskala kecil mahupun besar.

Daftar Syarikat Sendirian Berhad Baru

Mengenai Pengarah Syarikat

Mana-mana Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham yang menolak dan memandang remeh  peranan setiausaha syarikat lambat laun akan gagal membawa syarikat mereka ke mercu kejayaan dan akhirnya operasi perniagaan mereka akan lumpuh. Khidmat nasihat setiausaha syarikat diperlukan dan undang-undang mesti dipatuhi bagi membentuk sktruktur sebuah syarikat menjadi lebih mantap dan berdaya saing.

Akta Syarikat 2016

Mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016, pelantikan pengarah, pemegang saham, setiausaha syarikat, juruaudit dan lain-lain yang berkaitan adalah perlu serta wajib dilakukan. Ia adalah  mandatori bagi semua syarikat. Adalah menjadi kesalahan jika pengarah syarikat tidak menyerah simpan akaun yang telah diaudit serta penyata tahunan mengikut ketapan seperti yang termaktub dalam perundangan syarikat. Dokumen berkanun juga perlu ikemaskini dari masa kesemasa di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Kegagalan mematuhi kehendak Akta syarikat 2016 akan menjatuhkan kredibiliti syarikat seterusnya akan menjadi penyebab besar,dimana segala perancangan syarikat akan gagal mencapai matlamat bagi memperolehi faedah daripada badan-badan kerajaan dan juga sektor swasta. Syarikat anda berhadapan dengan kepincangan dan ini akan menyukarkan syarikat anda untuk menuju ke puncak kejayaan.

Tanggungjawab yang dipikul atau digalas oleh setiausaha syarikat anda bukan semudah yang anda sangkakan dan inilah yang menyebabkan setiausaha syarikat anda mempunyai hak untuk menerima bayaran saraan bulanan dalam bentuk yuran setiausaha syarikat dan juga ianya berhak mengenakan caj bayaran profesional untuk kerja-kerja kesetiausahaan yang dilakukan. Setiausaha Syarikat juga berhak untuk meletakkan jawatannya pada bila-bila masa jika ia mendapati syarikat yang bernaung dibawahnya tidak beroperasi mengikut prinsip undang-undang atau syarikat gagal untuk bekerjasama untuk mematuhi Akta syarikat 2016.

Pengarah syarikat juga boleh meletakkan jawatan setiausaha syarikat sedia ada bilamana mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan setiausaha syarikat mereka dengan melantik setiausaha syarikat baru untuk mengambil alih tugas kesetiausahaan pada bila-bila masa. Perlantikan setiausaha syarikat yang baru perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh jawatan setiausaha syarikat yang asal ditamatkan.

Kami amat komited untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat anda dan berusaha menwarkan perkhidmatan terbaik dan terpantas bagi membantu merealisasikan impian anda.

Keterangan lanjut sila hubungi: +603-614882682 | +603-6156 2933 | +603-6731 1393

 

top