Mengenai Syarikat Tersedia Di Malaysia

Syarikat tersedia adalah syarikat yang telah diperbadankan sepenuhnya di bawah Akta Syarikat 2016 di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan anda boleh membeli atau mengambil alih syarikat sedia ada ini pada bila-bila masa dengan kadar segera memandangkan Sijil Pemerbadanan syarikat telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat sedia ada ini tidak pernah menjalankan apa-apa transaksi dan juga sebarang aktiviti perniagaan diatas nama syarikat sejak dari tarikh ia diperbadankan. Selepas pindah milik dilakukan anda sudah boleh menjalankan perniagaan diatas nama syarikat.

Perbadanan Syarikat Malaysia Dan Firma Pendaftaran Syarikat Bukit Rahman Putra Sungai Buloh Selangor

Anda dinasihatkan untuk membeli syarikat tersedia yang tidak pernah menjalankan sebarang operasi perniagaan bagi mengelakkan kerugian dan kesulitan dimasa hadapan.

Pengarah syarikat boleh memohon untuk menukar nama syarikat tersedia yang dibeli pada bila-bila masa jika perlu atau terus menjalankan perniagaan dengan nama asal. Pada dasarnya pendaftaran syarikat baru dan membeli syarikat sedia ada adalah sama dari segi status, cuma perbezaan ketara yang ada ialah syarikat tersedia telah ditubuhkan lebih awal bagi memudahkan pelanggan memiliki syarikat atas kadar segera.

Selepas anda memilih nama syarikat yang anda minati daripada senarai nama syarikat sedia ada yang kami pamirkan, maka kami akan melakukan perubahan sktruktur lembaga pengarah dan pemegang saham dan lain-lain perubahan selepas dokumen pindah milik dan perlantikan serta perletakan jawatan pengarah lama dan baru di tandatangani. Dokumen perubahan hak milik akan diserah simpan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Pejabat Duti Setem.

Note:
Secara amnya semua syarikat yang kami jual menjalankan aktiviti perdagangan am dan ada juga yang menjalankan aktiviti lain. Modal permulaan ialah RM 2 unit sahaja.

Penempahan syarikat hanya diberi masa dalam tempoh 24 jam dan tidak melebihi 48 jam dan jika tidak ada tindakan pembelian dan tempahan dibuat maka nama syarikat akan dimasukkan kedalam senarai untuk dijual kepada orang awam tanpa sebarang notis peringatan.


Pejabat Pendaftaran Syarikat,Perakaunan,Audit,Percukaian,Lesen Kementerian Kewangan,Agen Cap Dagangan Harta Intelek Bumiputera Bukit Rahman Putra Sungai Buloh Selangor

Perlantikan Pengarah syarikat dan pemindahan saham asal syarikat termasuk resolusi berkaitan akan disdiakan dan perlu mendapat tandatangan pengarah serta pemegang saham bagi membolehkan pendaftran hak milik dilakukan di SSM dan Lembaga Hasil. Setelah dokumen berkaitan didaftarkan dengan sempurna maka penyerahan dokumen syarikat yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat akan diserahkan bagi membolehkan Syarikat memulakan urusniaga.

Dokumen syarikat untuk memulakan perniagaan mengikt Akta Syarikat 2016.

1. 5 Salinan Dokumen yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat
2. 5 Salinan Sek 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat
3. 5 Salinan Sek 15 – Notis Perbadanan Syarikat
4. 5 Salinan Sek 17 – Sijil Perbadanan Syarikat
5. 5 Salinan Sek 58 & 236(2) – Pemberitahuan Perlantikan Setiausaha Syarikat pertama
6. 5 Salinan Borang 32A – Borang Pindahmilik Saham Syarikat
7. 1 Cop Getah Syarikat
8. Surat Tanggung Rugi ; dan
9. Sijil Saham Syarikat dengan Nama syarikat dan nombor pendaftaran dicetak dengan sewajarnya.
10.Resolusi bank akan disediakan oleh Setiausaha Syarikat kami bagi tujuan membuka akaun Bank Syarikat.

Kesemua dokumen berkaitan pembukaan akaun Syarikat akan disahkan oleh Setiausaha Syarikat kami.

Kesemua pengarah dan penandatangan cek hendaklah hadir ke Bank bersama dokumen syarikat, Kad Pengenalan atau passport serta cop getah Syarikat yang tertera nama syarikat dan no syarikat.

Keterangan lanjut sila hubungi : Pejabat: +603-614882682 | +603-6156 2933 | +603-6731 1393

 

top