Akaun | Audit | Penyata Kewangan Serta Laporan Mengikut Akta Syarikat 2016

Tafsiran Penyata Kewangan Dan Lapuran Seksyen 243 Akta Syarikat 2016. Bagi maksud Penggal ini “Piawaian perakaunan diluluskan” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Laporan Kewangan 1997;

“Subsidiari”, kecuali bagi seksyen 246 mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.

Perkhidmatan Korporat-www.daftarsyarikat.com.my

AKAUN Terkandung didalam Seksyen 243 – 261 Akta Syarikat 2016

“Akaun untung dan rugi” termasuk akaun pendapatan dan perbelanjaan, akaun hasil atau apa-apa akaun lain yang menunjukkan hasil urus niaga sesuatu perbadanan bagi sesuatu tempoh.

Perakaunan adalah maklumat transaksi dimana penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna yang berkepentingan terutamanya kepada pelabur-pelabur, pemegang saham dan juga pengurus.Secara umumnya, maklumat perakaunan ini dipaparkan didalam bentuk penyata kewangan yang memberi fokus kepada memperincikan sumber-sumber aliran masuk dan keluar sumber kewangan.

Perakaunan merupakan fomula yang digunapakai bagi mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam tadbir urus kewangan perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.

Sistem perakaunan bertujuan untuk memastikan aliran keluar masuk sumber kewangan yang tepat dan laporan kewangan begitu penting dan amat berguna terutama kepada pengurus, badan-badan berkanun serta penguatkuasa korporat (regulator), dan juga kepada pemegang kepentingan (pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors) , rakan kongsi perniagaan. Penyimpanan rekod transaksi jualan harian yang berlaku setiap hari juga dikenali sebagai kunci kira-kira atau juga maklumat simpan kira (bookkeeping).

Sistem catatan akaun bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur yang amat terpenting bagi penyediaan perakaunan kewangan mengikut kaedah moden. Sistem ini melibatkan kemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan berbentuk debit didalam satu akaun, serta satu catatan berbentuk kredit yang dikira serentak dengan catatan debit didalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah menyamai jumlah kesemua catatan secara kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan didalam akaun perniagaan mereka.

Selanjutnya

AUDIT  Terkandung didalam Seksyen 262 – 289 Akta Syarikat 2016

Pengauditan adalah satu-satunya proses yang dilakukan oleh individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan transaksaki aliran keluar masuk kewangan yang spesifik untuk tujuan mengenalpasti sumber perbelanjaan masuk dan keluar dan seterusnya melaporkan tahap pertalian di antara maklumat kewangan yang diterima dengan mengunapakai kriteria yang telah ditetapkan.

Audit Dalaman adalah badan bebas yang menjalankan penilaian objektif dan aktiviti perundingan bagi tujuan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi sesebuah organisasi. Dengan lapuran yang tepat ianya akan membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan audit yang berdisiplin dan sistematik untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan risiko pengurusan, kawalan dan proses tadbir urus perniagaan.

Selanjutnya

CUKAI

Cukai ialah pembiayaan yang perlu dibayar oleh individu atau syarikat kepada Kerajaan hasil daripada sumber pendapatan yang dijana sama ada dalam bentuk penerimaan pelbagai sumber kewangan sama ada secara peribadi atau didalam bentuk urusniaga sesbuah perniagaan.

Cukai akan dikenakan setelah mencapai tahap tertentu mengikut garis panduan perundangan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Selanjutnya

GST

Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus dan dikenakan atas perkhidmatan dan produk.

Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST.

Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

Setiap syarikat perlu membuat fail GST bilamana transaksi urusniaga telah mencapai jualan RM500,000.00 setahun.

Selanjutnya

top